Feed on Posts or Comments 08 December 2019

bolatampar.ppc@smjk.edu.my on 16 Mar 2017 12:11 am

Skop Tugas

Pengerusi

  • Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat
  • Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

 

Naib Pengerusi

  • Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.
  • Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

 

Setiausaha

  • Menguruskan hal-hal surat menyurat.
  • Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan.
  • Mencatat kehadiran ahli.
  • Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

 

Penolong Setiausaha

  • Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
  • Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

 

Bendahari

  • Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan
  • Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
  • Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
  • Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
  • Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

 

Penolong Bendahari

  • Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

 

Ketua Projek Hijau

  • Melaksanakan Projek Hijau dan memastikan kebersihan dijalankan.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

 

Comments are closed.