bolatampar.ppc@smjk.edu.my on 16 Mar 2017 12:11 am
Skop Tugas
Pengerusi
- Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat
- Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
Naib Pengerusi
- Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.
- Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
Setiausaha
- Menguruskan hal-hal surat menyurat.
- Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan.
- Mencatat kehadiran ahli.
- Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
Penolong Setiausaha
- Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
- Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
Bendahari
- Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan
- Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
- Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
- Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
- Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
Penolong Bendahari
- Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
Ketua Projek Hijau
- Melaksanakan Projek Hijau dan memastikan kebersihan dijalankan.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.