Feed on Posts or Comments 29 April 2024

bolatampar.ppc@smjk.edu.my on 16 Mar 2017 12:11 am

Perlembagaan

KELAB BOLA TAMPAR

SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG

NO.PENDAFTARAN SO19/2011/SMJKPCPP

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Kelab Bola Tampar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan China Pulau Pinang yang selepas ini disebut sebagai “persatuan” sahaja.

 

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT

a.   Nama Persatuan: Kelab Bola Tampar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan China Pulau Pinang

b.   Alamat: Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan China Pulau Pinang, 2, Jalan Gottlieb, 10350 Pulau Pinang.

 

PERATURAN 2 MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

 

PERATURAN 3 OBJEKTIF

3.1   Supaya ahli dapat meningkatkan kemahiran diri dalam bidang sukan dan memupuk semangat bertanggungjawab dan berdisiplin.

3.2   Ahli-ahli Kelab Bola Tampar akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian kecekapan yang diikutiinya.

 

PERATURAN 4 KEAHLIAN

4.1   Dibuka kepada semua murid sekolah ini.

4.2   Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan dan mendaftar di kaunter pada Hari Pendaftaran Ko-kurikulum.

4.3   Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan kelab ini.

 

PERATURAN 5 GURU PENASIHAT

5.1   Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

5.2   Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.

5.3   Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

 

PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA

6.1   Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

6.2   Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

6.3   Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

6.4   Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

6.5   Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

6.6   Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-

6.6.1   Pengerusi
6.6.2   Naib Pengerusi
6.6.3   Setiausaha
6.6.4   Penolong Setiausaha
6.6.5   Bendahari
6.6.6   Penolong Bendahari
6.6.7   Ketua Disiplin
6.6.8   Ketua Projek Hijau
6.6.9   Ahli Jawatankuasa ( 4 orang )

 

PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7.1   Pengerusi 

7.1.1   Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.
7.1.2   Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.2   Naib Pengerusi

7.2.1   Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.
7.2.2   Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
7.2.3   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.3   Setiausaha

7.3.1   Menguruskan hal-hal surat menyurat.
7.3.2   Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan.
7.3.3   Mencatat kehadiran ahli.
7.3.4   Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.3.5   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.4   Penolong Setiausaha

7.4.1   Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
7.4.2   Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
7.4.3   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.5   Bendahari

7.5.1   Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan
7.5.2   Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
7.5.3   Menyebdiakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
7.5.4   Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
7.5.5   Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
7.5.6   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.6   Penolong Bendahari

7.6.1   Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
7.6.2   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.7   Ketua Disiplin

7.7.1   Memastikan semua ahli berdisiplin semasa aktiviti dijalankan.
7.7.2   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

7.8   Ketua Projek Hijau

7.8.1   Melaksanakan Projek Hijau dan memastikan kebersihan dijalankan.
7.8.2   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

7.9   Ahli Jawatankuasa

7.9.1   Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
7.9.2   Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
7.9.3   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

 

PERATURAN 8 KEWANGAN

8.1   Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.

8.2   Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

8.3   Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar.

 

PERATURAN 9 KEHADIRAN/PENYERTAAN

9.1   Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang tahun.

 

PERATURAN 10 AKTIVITI

10.1   Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.

10.2   Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.

 

PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN

11.1   Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

11.2   Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

  • Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

 

PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN 

12.1   Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

12.2   Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

  • Amaran lisan
  • Amaran bertulis

12.3   Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

 

PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1   Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga bahagian itu dipinda.

13.2   Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

13.3   Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

13.4   Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.

 

PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1   Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

14.2   Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

 

PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN

15.1   Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

  • Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

Comments are closed.